Definisi kayak :
Berkayak
merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil
dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan
menggunakan pendayung bilah double.
Sejarah Kayak & Kenu
Aktiviti
berkayak telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah
menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan
kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor,
bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu.
Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia
merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan
dan pendidikan.
Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal
peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan
pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan
oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun
1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti
tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe
and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama
ditubuhkan di Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha
merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas
merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan
peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.
Perbezaan Kayak & Kenu
Sejenis
kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata
dayung (double blade) dan di dayung secara
duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh
orang Eskimo.
KAYAK
Merujuk kepada
sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah
mata dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah
sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang
digunakan oleh nenek moyang kita.
KENU
Jenis-jenis kayak :
Mandesta (Berbentuk V):
Bahagian bawah (hull) berbentuk V,
bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada
garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan
keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
Otter sport (Berbentuk U):
Bahagian bawah perahu jenis ini
berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini
stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru
bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang
rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.
Slalom (Berbentuk O):
Bahagian bawah dan atas perahu ini
berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras.
Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok.
Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di
bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam
dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang
tinggi.
No comments:
Post a Comment