Balutan Luka Tangan
Cara-cara:
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh ,
kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. (seperti
gambarajah di bawah)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan
bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan
tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
Balutan Anduh Besar
Cara-Cara:
-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada lengan yang
tercedera .
-Kemudian silangkan dan buat ikatan buku sila pada atas
bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh
dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
Balutan Cincin
Balutan boleh dilakukan apabila tertusuk benda yang sukar
dicabut seperti paku atau kayu. Sebaiknya, benda yg tertusuk itu tidak dicabut
supaya dapat mengelakkan kecederaan yang
lebih serius.
No comments:
Post a Comment