Thursday 28 June 2012

Asas Sains Sukan


Assalamualaikum,ya...pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu sedikit tentang asas sains sukan..mungkin tak ramai yang tahu maksud sebenarnya asas sains sukan nie dan ape sebenarnya asas sains sukan itu...hah,nie yang saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua..ok,mari kita lihat...

  Maksud sains sukan ialah analisi secara saintifik terhadap latihan, senaman atau aktiviti fizikal yang merangkumi  teori-teori dari pelbagai disiplin ilmu seperti biologi, kimia, fizik dan psikologi. Menurut ahli fisiologi , kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan fizikal dari aspek kesihatan dan perlakuan moto.


    Kercegasan fizikal dari aspek kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat. Konsep ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan iaitu mengikut WHO, suatu keadaan dimana individu dalam keadaan sempurna dari segi Mental,Sosial,Rohani,Jasmani dan bukan sahaja bebas daripada penyakit,kecacatan atau kecederaan.

Kompenan Kecergasan Fizikal

a) Daya Tahan Kardiovaskular
b) Daya Tahan Otot
c) Kekuatan Otot
d) Fleksibiliti/Kelenturan
e) Komposisi badan/kandungan lemak

Setiap kompenan ini berkait rapat dengan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit. Seseorang itu boleh dikatakan sihat jika terbabit baik dalam keenam-enam kompenan aspek ini.


  Kecergasan fizikal  berasaskan lakuan moto bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.


Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:

a) Kuasa

b) Ketangkasan

c) Kelajuan kepantasan

d) Koordinasi

e) Masa tindakbalas

f) Imbangan



Di sini terdapat beberapa soalan,antaranya :

1.Kenapa perlu panaskan badan dan membuat regangan?

2.Kenapa perlu menyejukkan dan membuat kelonggaran?


Jawapannya adalah seperti berikut :

1.Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak       ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

2. a) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
    b) Menjajar semula otot-otot.
    c) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
    d) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
    e) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
    f) Mententeram atau merelakskan anda.


No comments:

Post a Comment