Thursday 28 June 2012

Asas Sains Sukan


Assalamualaikum,ya...pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu sedikit tentang asas sains sukan..mungkin tak ramai yang tahu maksud sebenarnya asas sains sukan nie dan ape sebenarnya asas sains sukan itu...hah,nie yang saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua..ok,mari kita lihat...

  Maksud sains sukan ialah analisi secara saintifik terhadap latihan, senaman atau aktiviti fizikal yang merangkumi  teori-teori dari pelbagai disiplin ilmu seperti biologi, kimia, fizik dan psikologi. Menurut ahli fisiologi , kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan fizikal dari aspek kesihatan dan perlakuan moto.


    Kercegasan fizikal dari aspek kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat. Konsep ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan iaitu mengikut WHO, suatu keadaan dimana individu dalam keadaan sempurna dari segi Mental,Sosial,Rohani,Jasmani dan bukan sahaja bebas daripada penyakit,kecacatan atau kecederaan.

Kompenan Kecergasan Fizikal

a) Daya Tahan Kardiovaskular
b) Daya Tahan Otot
c) Kekuatan Otot
d) Fleksibiliti/Kelenturan
e) Komposisi badan/kandungan lemak

Setiap kompenan ini berkait rapat dengan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit. Seseorang itu boleh dikatakan sihat jika terbabit baik dalam keenam-enam kompenan aspek ini.


  Kecergasan fizikal  berasaskan lakuan moto bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.


Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:

a) Kuasa

b) Ketangkasan

c) Kelajuan kepantasan

d) Koordinasi

e) Masa tindakbalas

f) Imbangan



Di sini terdapat beberapa soalan,antaranya :

1.Kenapa perlu panaskan badan dan membuat regangan?

2.Kenapa perlu menyejukkan dan membuat kelonggaran?


Jawapannya adalah seperti berikut :

1.Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak       ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

2. a) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
    b) Menjajar semula otot-otot.
    c) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
    d) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
    e) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
    f) Mententeram atau merelakskan anda.


Wednesday 20 June 2012

Definisi Rekreasi


Assalamualaikum,ya....pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini...huk3...apa-apa pown,kali ini saya ingin menerangkan sedikit sahaja tentang,apa itu yang dimaksudkan dengan rekreasi?.....

Rekreasi (re-creare dalam bahasa Latin) ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badandan minda.Selain itu. rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviiti terancang yang digunakan bagi masa lapang , contohnya aktiviti perkhemahan , rock climbing , scuba diving , abseiling dan jungle tracking.

Kebiasaannya, rekreasi adalah dalam bentuk:
  •       sukan/permainan
  •        hobi
  •       melancong/bercuti


Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu (Sabtu dan Jumaat/Ahad).

Itulah sahaja yang saya ingin ceritakan pada kali ini...walaupon ini hanyalah sedikit tapi sekurang-kurangnya anda dapatlah ilmu sedikit tentang rekreasi ini...nanti saya akan cerita lebih mendalam lagi tentang tajuk rekreasi ini bila ade masa,insya-Allah...sekian terima kasih...(^_^)

Diri Saya

Assalamualaikum,ya....ini kali pertama saya buat blog,jadi mungkin blog saya nie tidak bape menarik sangat...insya-Allah,saya akan belajar lebih lagi tentang blog ini untuk menjadikan blog saya lagi menarik..pertama sekali disini saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu dan cerita sedikit tentang biodata saya...nama diberi Mohamad Fadzly bin Ismail,boleh panggil "pali"....masa saya masih lagi budak kecil dahulu,orang selalu panggil saya dengan panggilan "pak ngah",saya pown tak bape ingat kenapa mereka panggil saya begitu untuk kali pertama...saya tinggal di Kampung Permatang Berangan,Sungai Petani..Kampung itu sangat indah sekali kerana ia berdekatan dengan sawah padi dan memang sesuai untuk memancing ikan dan bermain layang-layang..Hobi saya iaitu  bermain game komputer...saya lebih suka bermain games online...saya juga gemar menonton cerita anime...ayah saya,Ismail bin Jusoh kerja sebagai seorang pesawah dan emak saya, Che Puan binti Husin kerja sebagai jururawat...saya ada seorang abang,Shahrilanuar bin Ismail kerja sebagai seorang programmer di sebuah syarikat di Shah Alam..ketika sekolah rendah,saya belajar di sek. keb. Pinang Tunggal dan selepas menduduki UPSR,saya bersekolah di sek. men. keb. Pinang Tunggal....semasa abis menduduki PMR,saya pula bersekolah di sek. men. Teknik Sungai Petani 2 dan selepas SPM,saya telah ditawarkan ke UiTM Merbok kos sains komputer dan disinilah saya belajar sekarang..setakat itu sajalah yang saya boleh cerita tentang saya,nanti kalu ada masa lagi saya akan cerita lagi selebihnya tentang diri saya,insya-Allah...sekian saja,terima kasih...(^_^)