Assalamualaikum....pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pertolongan cemas...semua perlu tahu pertolongan cemas kerana ia sangat berguna dan banyak juga kebaikannya yang dapat kita perolehi...
Definisi pertolongan cemas :
- usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan
dari doktor.
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Definasi Luka(Tisu Lembut)
*Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan
pengaliran darah.
*Boleh berlaku diluar atau didalam badan.
Punca Kecederaan
*akibat alat tajam
*akibat alat tumpul
Jenis Luka
*luka terbuka
~melibatkan organ lain
~banyak pendarahan
~renjatan
*luka tertutup
~kulit tidak pecah
~lebam
~bengkak
KECEDERAAN TISU KERAS
Definasi Kecederaan
Tisu Keras
*Sejenis kecederaan yang melibatkan tisu keras atau lebih
dikenali sebagai tulang
Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
*tulang panjang
*tulang pendek
*tulang leper
*tulang tidak tentu bentuk
TOTAPS :
T - Talking (bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang cedera.
O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan mangsa.
T - Touch (sentuhan)
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.
A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.
P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang normal.Berhenti jika kesakitang berlaku.
S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
RICE :
R - Rest (rehat)
Letakan mangsa dalam posisi yang selesa (baring).
I - Ice (ais)
Kaedah :
*Letakan ais dalam tuala / beg plastik
*Rendamkan dalam air
*Elekan meletak ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik / alas
*Ais mengurangkan bengkak / kesakitan / kekejangan otot
C - Compression (pembalutan)
Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.
E - Elevation (meninggikan / elevasi)
Tinggikan bahagian cedera melebihi aras jantung sepanjang masa.
Langkah pencegahan kecederaan :
Memanaskan badan:
*meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung peparu dan saluran darah disesuaikan dengan
peningkatan kadar kerja bagi mengurang tekanan dan risiko kecederaan jantung.
*menambahkan keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya.
*membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan .
*otot menerima darah yang mengcukupi
Gerak kendur:
*mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman
adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.
*menguraikan asid laktik dari pada bahagian sendi otot yang menyebabkan kelesuan.
*mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipam oleh jantung ke
hujung anggota badan seperti kaki dan tangan.
Pemulihan Kecederaan Sukan(Rehabilitasi)
Rehabilitasi
mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.
Prinsip
Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden
atau kes.
Pemulihan awal - akukan pemulihan awal untuk mengurangkan
kesan kecederaan Jangan tunggu bahagian tercedera ‘sembuh’ baru melakukan
pemulihan.
Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju.
Objektif
Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan
dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat
mungkin.
Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi:
*Keterukan atau keseriusan kecederaan.
*Tahap penyembuhan tisu.
*Kekuatan otot-otot
pada tangan dan kaki.
*Kesakitan pada
pergerakan sendi.
*Julat pergerakan sendi.
*Bengkak pada sendi.
*Keadaan-keadaan lain pada sendi.
*Keperluan atlit untuk bermain semula.
Proses pemulihan:
1) Menguatkan otot,ligamen dan tendon yang telah pulih dari
kecederaan.
2) Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal.
3) Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau
otot.
4) Mengembalikan keyakinan atlet terhadap
keupayaan.