Wednesday 25 July 2012

Jenis-Jenis Jerat dan Panduan Pandu Arah di dalam Hutan




Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:-
· Jenis binatang yang hendak dijerat
· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.

Jenis Jerat

· Jerat bidas.
-Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline   
  dihujung tali tersebut. 

-Ikat kayu pembingkas pa tali joran tersebut.

-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak 
 kedua-dua hujung di atas tanah.

-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu         lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.







-Jerat Sentak



Jerat burung jenis sentak ini biasanya perlukan umpan yang diletakkan/digantungkan kira-kira 3 jengkal dari atas tali pencerut. Biasanya, burung Ruak-Ruak akan memijak palang ranting (yang bertindak sebagai trigger) kerana umpan itu agak tinggi. Ini akan menggerakkan mekanisma lain yang membebaskan pengunci dan seterusnya membebaskan batang pelantak yang sedang dalam stress. Kaki burung itu akan terjerut dan burung akan tergantung.




PANDU ARAH

Maksud pandu arah:
Proses atau aktiviti tepat menentukan kedudukan seseorang dan merancang dan mengikuti laluan.


Jalan 5 langkah ke hadapan


Bahaya


Bergerak ke kiri


Tiba di tapak perkhemahan



Wednesday 4 July 2012

Pertolongan Cemas

Assalamualaikum....pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pertolongan cemas...semua perlu tahu pertolongan cemas kerana ia sangat berguna dan banyak juga kebaikannya yang dapat kita perolehi...


Definisi pertolongan cemas :
- usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan                  
  dari doktor.


KECEDERAAN TISU LEMBUT
Definasi Luka(Tisu Lembut)
*Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah.
*Boleh berlaku diluar atau didalam badan.

Punca Kecederaan
*akibat alat tajam
*akibat alat tumpul
Jenis Luka
*luka terbuka
~melibatkan organ lain
~banyak pendarahan
~renjatan
*luka tertutup
~kulit tidak pecah
                ~lebam
                ~bengkak


KECEDERAAN TISU KERAS
Definasi  Kecederaan Tisu Keras
*Sejenis kecederaan yang melibatkan tisu keras atau lebih dikenali sebagai tulang

Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
*tulang panjang
*tulang pendek
*tulang leper
*tulang tidak tentu bentuk


TOTAPS :

T - Talking (bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang cedera.

O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan mangsa.

T - Touch (sentuhan)
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.

A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.

P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang normal.Berhenti jika kesakitang berlaku.

S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh mangsa  berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.

RICE :

R - Rest (rehat)
 Letakan mangsa dalam posisi yang selesa (baring).

I - Ice (ais)
Kaedah :
*Letakan ais dalam tuala / beg plastik
*Rendamkan dalam air
*Elekan meletak ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik / alas
*Ais mengurangkan bengkak / kesakitan / kekejangan otot

C - Compression (pembalutan)
Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.

E - Elevation (meninggikan / elevasi)
Tinggikan bahagian cedera melebihi aras jantung sepanjang masa.

Langkah pencegahan kecederaan :

Memanaskan badan:
*meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung peparu dan saluran darah disesuaikan dengan
  peningkatan kadar kerja bagi mengurang tekanan dan risiko kecederaan jantung.
*menambahkan keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya.
*membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan .
*otot menerima darah yang mengcukupi

Gerak kendur:
*mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman  
  adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.
*menguraikan asid laktik dari pada bahagian sendi otot yang menyebabkan kelesuan.
*mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipam oleh jantung ke
  hujung anggota badan seperti kaki dan tangan.



Pemulihan Kecederaan Sukan(Rehabilitasi)

Rehabilitasi mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.

Prinsip
Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden atau kes.
Pemulihan awal - akukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan Jangan tunggu bahagian   tercedera ‘sembuh’ baru melakukan pemulihan.
Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju.

Objektif
Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat mungkin.

Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi:
*Keterukan atau keseriusan kecederaan.
*Tahap penyembuhan tisu.
*Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki.
*Kesakitan pada pergerakan sendi.
*Julat pergerakan sendi.
*Bengkak pada sendi.
*Keadaan-keadaan lain pada sendi.
*Keperluan atlit untuk bermain semula.

Proses pemulihan:

1) Menguatkan otot,ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
2) Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal.
3) Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
4) Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaan.